Monday, November 16, 2009

Takziah & Al-Fatihah .... Ustaz Ahmad fauzi Bin Azman dari unit PI(1) KDPM SABK Amb 2007 .. dalam kenangan.

Seluruh warga IPGKPM dan khususnya JAPIM mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Marhum Ustaz Ahmad Fauzi Bin Azman dari unit PI(1) KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007 yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16.11.2009 (Isnin) seminggu sebelum interaksi KDC Nov-Dis 2009 bermula. Semoga Rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Pemergiannya bagai terasa satu kehilangan besar disisi kami khususnya pensyarah-pensyarah JAPIM, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
(Gambar Al-Marhum - berkacamata - ketika mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) pada Disember 2007 yang lalu ketika mula mendaftar di Institut ini... ) ... Al-Fatihah.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG j-QAF IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka

Selamat datang kepada pengunjung-pengunjung sekelian ke blog ini yang baru dibina pada 01 Ramadhan 1430H bersamaan dengan 22 Ogos 2009 Hari Sabtu jam 7.47 pagi. Semoga blog dapat menyumbang sesuatu untuk kegemilangan program j-QAF khususnya di negeri Melaka dan malaysia amnya.